Viewed products

  • Kisah Sebelas Angsa Liar
    Kisah...

    Judul ini - Kisah Sebelas Angsa Liar -...>>

  • Kisah Rumah di Hutan
    Kisah Rumah...

    Judul ini - Kisah Rumah di Hutan - adalah...>>

Arvee Books on Facebook

PayPal

Si Angsa Emas

Si Angsa Emas

Si Angsa Emas is a graphic novel adaptation of Classic Illustrated Junior's The Golden Goose which has been translated into Bahasa Malaysia to cater to a Malaysian audience. This edition includes activities with answers to further enhance the reader’s interest while testing their understanding of the story. A glossary is provided as well.

More details


RM8.90

12 other products in the same category:

Perwira cerita ini adalah adik bongsu antara tiga orang adik beradik yang bernama Samsul. Abang sulungnya, Hassan dihantar ke dalam hutan untuk menebang kayu. Ibunya memberinya kek dan sebotol air anggur untuk makan minum. Dia berjumpa dengan seorang lelaki tua yang meminta sedikit makan minum tetapi Hassan enggan berkongsi dengannya. Tidak lama kemudian, Hassan ditimpa sebuah kemalangan dan terpaksa pulang ke rumah.

Kali ini, anak tengah yang bernama Kamal dihantar ke dalam hutan untuk menebang kayu. Seperti abangnya, dia juga berjumpa dengan lelaki tua itu dan enggan mengongsi makan minumnya dan ditimpa nasib yang sama.

Akhirnya, Samsul terpaksa memasuki hutan itu untuk menebang kayu. Ibunya menghantarnya bersama roti kering dan air sahaja. Seperti abang-abangnya, Samsul juga berjumpa dengan lelaki tua yang meminta sedikit makanan tetapi tidak serupa abang-abangnya, Samsul berkongsi makan minumnya dengan lelaki tua itu. Lelaki tua itu ingin berterima kasih dengan Samsul dan membawa Samsul ke sepohon pokok dan menyuruhnya menebang pokok tersebut. Di akar pokok tersebut Samsul mendapati seekor angsa emas. Lelaki tua itu memberitahu Samsul untuk pergi ke istana membawa angsa emas ini.

Samsul pun memikul angsa emas itu dan menuju ke sebuah rumah tumpangan. Di situ, sebaik sahaja Samsul tertidur anak gadis sulung pemilik rumah tumpangan itu mencuba memetik sehelai bulu emas angsa itu tetapi tangannya terlekat pada angsa itu. Anak tengah pula, yang berhasrat hendak menolong kakaknya, terlekat pada tangan anak sulung pula. Anak bongsu pula tidak mahu ketinggalan dan terus memegang tangan kakak tengahnya.

Keesokan hari, Samsul menuju ke istana bersama angsa emasnya dan ketiga-tiga anak pemilik rumah tumpangan itu. Setiap orang yang cuba menjegali terpaksa bersambung dengan perarakan itu: pendeta itu, pegawai gereja itu dan dua pekerja buruh itu.

Di istana, tinggal seorang puteri yang tidak pernah tertawa. Tetapi hari itu, semasa puteri itu duduk dekat tingkap dia terlihat Samsul dan perarakannya dan ketawa sehingga menangis. Samsul dikahwini dengan puteri negeri itu.

  • Publisher : Arvee Sdn Bhd
  • ISBN : 978-967-398-014-7
  • Dimensions (cm) : 24.1 (H) x 16.5 (W) x 0.2 (D) x 0.07kg
  • Author : Jacob Grimm, Wilhelm Grimm
  • Type : Paperback

No customer comments for the moment.

Only registered users can post a new comment.

Cart  

product (empty)
Advertising