Siri Klasik Junior

Viewed products

Gergasi Berambut Emas View larger

Gergasi Berambut Emas

New product

Judul ini - Gergasi Berambut Emas - adalah sebuah adaptasi novel grafik dari siri Classics Illustrated Junior Bahasa Inggeris. Edisi ini dilengkapi dengan bahagian aktiviti serta jawapan untuk menguji pemahaman pembaca. Bahagian glosari juga telah disediakan.

More details

RM8.90

Data sheet

Dimensions (cm) :24.1 (H) x 16.5 (W) x 0.2 (D) x 0.07kg
ISBN :978-967-398-019-2
Author :Jacob Grimm, Wilhelm Grimm
Publisher :Arvee Sdn Bhd
Type :Paperback

More info

Si sebuah kampung kecil, seorang wanita melahirkan seorang anak lelaki dan menamakannya Bruno. Wanita-wanita arif kampung tersebut meramal bahawa suatu hari nanti Bruno akan mengahwini puteri negeri itu. Apabila raja negeri itu mendengar berita ini, baginda memujuk ibu bapa Bruno memberinya kepada baginda untuk dibesarkan. Tetapi baginda memasukkan Bruno ke dalam sebuah kotak dan mencampaknya ke dalam sungai. Kotak tersebut hanyut ke sebuah ladang, di mana pemilik ladang tersebut, seorang petani dan isterinya, bersetuju membesarkan Bruno sebagai anak mereka sendiri.

Pada suatu hari, raja melawati ladang itu. Setelah mendengar kisah bagaimana petani dan isterinya mendapati anak lelaki mereka, baginda menghantar Bruno dengan sepucuk surat ke istananya. Surat tersebut memerintah permaisuri membunuh pemuda (iaitu Bruno) yang menyampaikan surat tersebut. Oleh kerana hujan lebat, Bruno berteduh di rumah seorang wanita tua. Wanita tua tersebut ingin tahu kandungan utusan diraja tersebut lalu membacanya semasa Bruno tidur. Dia terkejut apabila membaca isi surat tersebut. Wanita tua itu mengantikan surat diraja dengan sebuah surat baru yang memesan permaisuri agar mengahwinkan Bruno dengan puteri mereka. Keesokan harinya, apabila surat baru ini disampaikan ke permaisuri, Bruno dikahwinkan dengan puteri negeri itu.

Raja amat marah apabila baginda pulang ke istana. Baginda memberangkatkan Bruno mendapat tiga utus rambut dari Gergasi Berambut Emas untuk memperolehi hak untuk dianggap sebagai menantu baginda. Dalam perjalanan ke rumah Gergasi Berambut Emas, Bruno bertaruh sekarung emas dengan pemandu perahu penambang bahawa dia akan berjaya pulang dari rumah Gergasi Berambut Emas sebelum petang keesokan hari.

Apabila Bruno tiba di rumah Gergasi Berambut Emas, nenek gergasi tersebut sahaja di disitu. Nenek gergasi itu menyembunikan Bruno di dalam koceknya. Petang itu, Gergasi Berambut Emas itu pulang ke rumahnya dan terus ketidur. Nenek gergasi menarik tiga utas rambut dari kepala Gergasi Berambut Emas itu. Setiap kali dia menarik rambut gergasi tersebut dia terjaga dan marah. Dan setiap kali, nenek gergasi itu menenangkannya dengan memberitahunya bahawa dia bermimpi buruk sahaja. Nenek gergasi itu memberi tiga utas rambut emas itu kepada Bruno dan dia berlepas dari rumah itu. Dia memenangi sekarung emas dari pemandu perahu penambang dan berjaya pulang ke istana raja dimana dia diizinkan tetap berkahwin dengan puteri.

Reviews

No customer reviews for the moment.

Write a review

Gergasi Berambut Emas

Gergasi Berambut Emas

Judul ini - Gergasi Berambut Emas - adalah sebuah adaptasi novel grafik dari siri Classics Illustrated Junior Bahasa Inggeris. Edisi ini dilengkapi dengan bahagian aktiviti serta jawapan untuk menguji pemahaman pembaca. Bahagian glosari juga telah disediakan.

12 other products in the same category: