Siri Klasik Junior

Viewed products

Kisah Rumah di Hutan View larger

Kisah Rumah di Hutan

New product

Judul ini - Kisah Rumah di Hutan - adalah sebuah adaptasi novel grafik dari siri Classics Illustrated Junior Bahasa Inggeris. Edisi ini dilengkapi dengan bahagian aktiviti serta jawapan untuk menguji pemahaman pembaca. Bahagian glosari juga telah disediakan.


More details

RM8.90

Data sheet

Dimensions (cm) :24.1 (H) x 16.5 (W) x 0.2 (D) x 0.07kg
ISBN :978-967-398-022-2
Author :Jacob Grimm, Wilhelm Grimm
Publisher :Arvee Sdn Bhd
Type :Paperback

More info

Seorang penebang kayu meminta anak perempuan sulungnya menghantar makan malamnya ke hutan dimana dia bekerja. Tetapi anak sulung itu tersesat jalan dan sebaliknya sampai ke sebuah rumah di mana seorang lelaki tua bersama seekor ayam betina, ayam jantan dan seekor lembu tinggal. Anak sulung itu minta izin berteduh di situ. Lelaki tua itu menanya haiwan-haiwan tersebut sama ada haruskah mereka memberi anak perempuan ini berteduh atau tidak? Haiwan-haiwan itu menjawab lelaki tua itu dalam bahasa yang anak sulung itu tidak faham dan lelaki tua itu mengundang anak sulung masuk dan memasak makan malam untuk mereka. Anak sulung itu pun memasak makan malam buat dia dan lelaki tua itu sahaja dan masuk tidur. Malam itu, lelaki tua itu naik ke bilik anak sulung itu dan membuka sebuah pintu tingkap yang memasukkan anak sulung itu ke dalam sebuah ruang di bawah tanah.

Keesokan harinya, peristiwa yang sama menimpa anak tengah yang ke hutan untuk menghantar makan malam kepada ayah mereka.

Pada hari ketiga, anak bongsu terpaksa ke hutan untuk menghantar makan malam kepada ayah mereka. Seperti yang menimpa kakak-kakaknya, anak bongsu itu juga tersesat jalan dan tiba di rumah lelaki tua itu. Anak bongsu diminta menyediakan makan malam untuk dia dan lelaki tua itu. Sebaik sahaja siap menyediakan makan malam, dia mendapatkan barli untuk ayam-ayam dan jerami untuk lembu. Malam itu semasa anak bongsu sedang tidur, sebuah bunyi kuat dan lantang kedengaran.

Keesokan paginya, anak bongsu mendapati bahawa rumah tersebut telah berubah menjadi sebuah istana. Dia juga mendapati bahawa lelaki tua itu sebenarnya adalah seorang putera dan haiwan-haiwan tersebut adalah tiga pembantunya. Rupanya, mereka berempat dilaknat tinggal sebagai seorang tua bersama haiwan-haiwannya sehingga seorang gadis yang berbelas kasihan, bukan sahaja kepada manusia, tetapi haiwan juga sampai di anak tangga rumah mereka.

Putera meminta ibu bapa anak bongsu menghadiri perkahwinan mereka dan menjadikan kakak-kakak anak bongsu pembantu istana sehingga mereka belajar untuk berbelas kasihan kepada haiwan juga.

Reviews

No customer reviews for the moment.

Write a review

Kisah Rumah di Hutan

Kisah Rumah di Hutan

Judul ini - Kisah Rumah di Hutan - adalah sebuah adaptasi novel grafik dari siri Classics Illustrated Junior Bahasa Inggeris. Edisi ini dilengkapi dengan bahagian aktiviti serta jawapan untuk menguji pemahaman pembaca. Bahagian glosari juga telah disediakan.


12 other products in the same category: