Siri Klasik Junior

Viewed products

Raja Thrushbeard View larger

Raja Thrushbeard

New product

Judul ini - Raja Thrushbeard - adalah sebuah adaptasi novel grafik dari siri Classics Illustrated Junior Bahasa Inggeris. Edisi ini dilengkapi dengan bahagian aktiviti serta jawapan untuk menguji pemahaman pembaca. Bahagian glosari juga telah disediakan.

 


More details

RM8.90

Data sheet

Dimensions (cm) :24.1 (H) x 16.5 (W) x 0.2 (D) x 0.07kg
ISBN :978-967-398-024-6
Author :Jacob Grimm, Wilhelm Grimm
Publisher :Arvee Sdn Bhd
Type :Paperback

More info

Ini adalah kisah seorang puteri yang jelita tetapi biadab yang suka mengutuk semua bakal peminangnya. Pada suatu hari, seorang raja yang mulia dan kaya datang meminang si puteri, tetapi si puteri mengutuk janggut raja tersebut dengan mengejeknya “Raja Thrushbeard”. Ini menjengkelkan ayah puteri. Beliau berjanji bahawa si puteri akan dikahwini dengan lelaki pertama yang datang ke istana pagi esok.

Keesokan hari, seorang penyanyi muda, yang tidak berjanggut, muncul di istana dan ayah puteri menawarkan puteri kepadanya. Penyanyi muda itu, walaupun tidak terkesan, bersetuju dan puteri dikahwini dengan penyanyi tersebut. Beliau dipaksa meninggalkan istana ayahnya dan mengikuti suaminya balik ke negerinya. Dalam perjalanan ke negeri suaminya, suaminya memberitahunya bahawa semua tanah-tanah dan ladang-ladang yang mereka melalui adalah harta milik Raja Thrushbeard. Si Puteri menyesali akan kata-kata kasarnya terhadap semua bakal peminangnya, terutamanya Raja Thrushbeard.

Di rumah suaminya, beliau terpaksa hidup sebagai seorang dusun dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Oleh kerana puteri tidak cekap menjual tembikar, memasak atau menjahit, beliau terpaksa bekerja di tempat dapur Raja Thrushbeard untuk mendapatkan makanan untuk beliau dan suaminya.

Pada suatu hari, Raja Thrushbeard mengadakan sebuah pesta persantapan untuk merayakan pertunangannya. Apabila Si Puteri bergegas untuk balik ke rumahnya, beliau terdesak menari bersama tetamu-tetamu. Ketika menari, koceknya terkoyak dan makanan didalamnya berkececeran. Para tetamu semua mengetawakannya. Kebingungan, puteri lari keluar dari istana sambil teresak-esak.

Tiba tiba, muncul penyanyi (suami Si Puteri) berpakaian diraja. Puteri hairan apabila mengetahui bahawa penyanyi tersebut sebenarnya adalah Raja Thrushbeard. Raja Thrushbeard mengaku bahawa beliau mencintai Si puteri walaupun Si Puteri bekelakuan sombong dan kasar. Beliau berhajat untuk menukar perangai Si Puteri. Si Puteri berterima kasih kepada Raja Thrushbeard kerana mengajarnya belas kasihan. Semenjak itu, suaminya dikenali sebagai Raja Thrushbeard.

Reviews

No customer reviews for the moment.

Write a review

Raja Thrushbeard

Raja Thrushbeard

Judul ini - Raja Thrushbeard - adalah sebuah adaptasi novel grafik dari siri Classics Illustrated Junior Bahasa Inggeris. Edisi ini dilengkapi dengan bahagian aktiviti serta jawapan untuk menguji pemahaman pembaca. Bahagian glosari juga telah disediakan.

 


12 other products in the same category: