Siri Klasik Junior

Viewed products

Kisah Sebelas Angsa Liar View larger

Kisah Sebelas Angsa Liar

New product

Judul ini - Kisah Sebelas Angsa Liar - adalah sebuah adaptasi novel grafik dari siri Classics Illustrated Junior Bahasa Inggeris. Edisi ini dilengkapi dengan bahagian aktiviti serta jawapan untuk menguji pemahaman pembaca. Bahagian glosari juga telah disediakan.


More details

RM8.90

Data sheet

Dimensions (cm) :24.1 (H) x 16.5 (W) x 0.2 (D) x 0.07kg
ISBN :978-967-398-017-8
Author :Hans Christian Andersen
Publisher :Arvee Sdn Bhd
Type :Paperback

More info

Di sebuah kerajaan jauh, tinggal seorang raja bersama dua belas anak-anaknya: sebelas orang putera dan seorang puteri bernama Elisa. Pada suatu hari, raja itu memutus untuk berkahwin semula. Baginda berkahwin dengan seorang permaisuri yang zalim yang sebenarnya adalah seorang ahli sihir. Oleh kerana iri hati, permaisuri mengubah bentuk sebelas putera tersebut menjadi angsa (mereka dibenarkan bertukar menjadi manusia semula hanya pada waktu malam) dan menghalau mereka dari istana. Selepas itu, permaisuri cuba menggiurkan adik perempuan mereka yang berumur 15 tahun, iaitu Elisa. Tetapi kebaikan hati Elisa terlalu kuat untuk ditembusi oleh kuasa sihir permaisuri dan Elisa dibuang rakyat. Abang-abangnya memikul Elisa ke sebuah negara luar di mana dia selamat dari ibu tiri mereka.

Di situ, Elisa diarah oleh permaisuri bidadari untuk mengumpul daun jelatang dari sebuah tanah perkuburan dan menggunakannya untuk mengait sebelas baju kemeja yang akan membantu abang-abangnya menjadi manusia semula. Elisa juga terpaksa berikrar tidak akan bercakap dengan sesiapa sehingga siap mengait semua kemeja tersebut. Jika Elisa bercakap dengan sesiapa dalam jangka masa ini, abang-abangnya akan meninggal.

Pada suatu hari, seorang raja dari kawasan lain terserempak dengan Elisa, yang baginda mengandaikan adalah seorang bisu kelu, dan terjatuh cinta dengannya. Baginda memberi Elisa sebuah bilik di istananya di mana Elisa meneruskan kerja mengaitnya. Tidak lama kemudian, Elisa dan raja tersebut bertunang.

Walau bagaimanapun, uskup utama raja berkecil hati kerana dia berpendapat bahawa Elisa sebenarnya adalah seorang ahli sihir tetapi raja tidak akan mempercayainya. Suatu malam, Elisa kehabisan daun jelatang dan terpaksa ke tanah perkuburan berdekatan untuk mengumpul lagi. Uskup utama raja memerhatinya dan melaporkannya kepada raja sebagai bukti yang Elisa sebenarnya adalah seorang ahli sihir. Sebuah perbicaraan diadakan untuk menentukan sama ada Elisa adalah seorang ahli sihir atau tidak. Tetapi oleh kerana Elisa telah berikrar tidak akan bercakap, dia tidak dapat membela dirinya dan dihukum membakar di pancang.

Abang-abang Elisa mendapat tahu keadaan yang menimpa Elisa dan berikhtiar untuk bercakap dengan raja tetapi gagal. Semasa pedati membawa Elisa ke tempat pengembanan, Elisa masih mengait baju-baju kemeja buat abang-abangnya. Ini mengusarkan orang-orang kampung itu yang hampir merebut dan menumpurkan baju-baju itu apabila sebelas angsa mendarat dan menyelamatkan Elisa. Orang-orang kampung menterjemahkan ini sebagai tanda dari Tuhan bahawa Elisa sebenarnya tidak bersalah. Tetapi pengemban itu masih bersiap untuk membakar Elisa. Dengan segera, Elisa memakaikan baju-baju daun jelatang itu untuk abang-abangnya dan mereka berubah bentuk menjadi manusia semula. Adik lelaki bongsunya tertinggal dengan sebuah sayap angsa kerana Elisa tidak sempat menyiapkan lengan baju terakhir. Sekarang Elisa bebas menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi tetapi Elisa pengsan oleh kerana keletihan dan abang-abangnya menjelaskan ceritanya. Semasa mereka bercakap, kayu api sekelilingi pancang Elisa bertukar menjadi bunga-bunga. Raja memetik sekuntum bunga dan memberinya kepada Elisa. Elisa berjaya disatukan semula dengan abang-abangnya.

Reviews

No customer reviews for the moment.

Write a review

Kisah Sebelas Angsa Liar

Kisah Sebelas Angsa Liar

Judul ini - Kisah Sebelas Angsa Liar - adalah sebuah adaptasi novel grafik dari siri Classics Illustrated Junior Bahasa Inggeris. Edisi ini dilengkapi dengan bahagian aktiviti serta jawapan untuk menguji pemahaman pembaca. Bahagian glosari juga telah disediakan.


12 other products in the same category: